" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Sumpah tak faham.

"Jangan bagi kucing tu makan (merujuk pada lauk ayam bersambal)"

Dia tetap bagi.

"Weh jangan bagi dia makan. Tu ayam tu ada sambal, ada garam semua. Ko tengoklah bulu dia dah botak. Kan aku dah belikan makanan bagus. Dah jangan bagi dia lagi."

Dia buat bodoh. Bagi lagi.

Cilake betullah.

"Aku kata jangan bagi dia. Kau tahu tak dia dah celungap sekarang. Orang makan tak kira siapa dia kacau."

Dia bagi lagi.

Peh. Darah aku naik dah sampai kepala.

"WEH AKU KATA JANGAN BAGI DIA MAKAN LAGI. SEKALI LAGI KAU BAGI LEPASNI KAU BELIKAN MAKANAN DIA, JAGA DIA. DIA SAKIT KAU BUKAN JAGA PUN. AKU KATA JANGAN BAGI DIA MAKAN LAUK KITA MAKAN, PART MANA YANG KAU TAK FAHAM NI?"

KAU APASAL MEMEKAK?

Peh. Dia pusinggg.

"Kau tu. Aku dah cakap elok-elok jangan, apa masalah kau? Lagi orang cakap lagi kau buat. Kau pehal?"

MULUT KAU NI MEMANG NAK KENA TUMBUK! (Terus bangun nak tumbuk aku)
"Kau punya silap, jangan pusing kona kat orang. Orang cakap elok-elok, jangan bagi kucing tu ayam kita makan, yang kau pergi bagi sengaja provok orang kenapa?"

KAU INGAT KAU BAGUS SANGAT? MULUT KAU TU KALAU AKU TUMBUK BARU KAU TAHU.

Aku macam terpinga kejap. Serius ni cerita pasal mulut aku?
Serius ni salah aku?

Lepastu dia bangun. Ajak bertumbuk.

KAU SINI. (Isyarat tangan ajak nak bergaduh)
BIAR AKU TUMBUK MULUT KAU SEKALI.

Aku dah nak bangun dah. Tapi ayah, adik bongsu dan mak aku halang. Macam biasa, akulah yang kena jerkah. Kononnya aku yang melayan. MELAYAN OTAK KAU. KAU TAK NAMPAK KE APA DIA BUAT? SO SEKARANG NI SALAH AKULAH?

Aku duduk. Aku malas nanti mak ayah aku masuk campur sekali. Kalau dorang tak ada memang aku dah bergusti dah dengan makhluk ni.

Ni hari Jumaat. Kau pusing cerita padahal salah kau. Pastu ugut nak pukul aku.
Ni hari Jumaat. Kau akan menyesal satu hari nanti.
Kau akan ingat hari Jumaat ni.

KAU INGAT KAU BAGUS SANGAT? CERMIN DIRI KAU.

Taip benda ini pun aku boleh rasa menggelegak dada aku.
Padahal dah lepas beberapa hari.
Makhluk ni sumpah saiko.
Kau jangan terpedaya dengan janggut dan cakap konon-konon warak tu.
Malam tu macam hari selalu, lepas dia provok aku atau lepas pukul aku, dia akan bercakap dengan aku macam tak ada apa-apa berlaku. Kadang-kadang dia minta maaf. Kadang-kadang dia menangis.
Aku faham kenapa mangsa penderaan domestik tahan bertahun-tahun stay dengan suami dia. Padahal dia boleh lari pada hari pertama dia kena belasah. Pendera ni bukan dera fizikal je, tapi mental. Dia akan buat kau rasa kau makhluk paling tak signifikan didunia ini. Dia akan buat kau rasa kau layak terima semua ni. Dia akan manipulate emosi kau. Pukul kau, lepastu buat baik gila dengan kau sampai kau confuse.


Bila aku 'benci' kat lelaki, percayalah bukan aku buat-buat.
Kau tak tahu apa ada dalam hati dan fikiran aku.
Bila kau buat baik dengan aku, aku bertarung dengan perasaan.
Betul ke kau ni baik, ke kau cuma pura-pura. Hah cemtulah.
Bila aku letak expectation lelaki idaman aku tinggi, orang cakap aku gila.
Aku boleh suka gila kat seorang lelaki dan benci gila kat dia serta merta.
Family aku kata hati aku keras.
Sebab tu bila orang beria nak kahwin aku relax je.
Hakikatnya orang tak tahu apa aku rasa.
Kau ingat tak terseksa ke bertarung dengan diri sendiri?
Sakit weh.
Sakit.


Aku buat cool je bila dia minta maaf.
Aku relax je.
Dan benda tu berulang lagi hampir setiap hari.

Bila aku cerita kat orang, tak ramai yang faham apa aku tanggung.
Kadang kadang ada yang kata aku yang provok dia.
Aku macam... esok ada orang rogol mak kau, aku nak cakap padan muka kau, siapa suruh mak kau jadi perempuan. Hah macam tu punya marah aku rasa bila orang twist kata aku yang salah.

Tapi apa pilihan aku ada.
Makhluk ni tak nak berambus daripada rumah ni.
Jadi aku ada 1 je pilihan.



Bertahan.








Aku tak ingin maafkan satupun silap dia.
Aku nak tuntut didunia sebelah sana.
Terima kasihlah.
Sebab kau ajar aku jadi perempuan hati keras, buruk sangka dengan lelaki dan tak rasa nak kahwin pun.



Ironinya lelaki bangang macam kau yang tak reti pikul tanggungjawab, kuat provok orang, ada hati nak kahwin. Ya Allah minta simpang. Kesian anak orang weh.