" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

AKU MASIH JAUH DARIPADA HAMPIR SEMPURNA.

Sejak akhir-akhir ini,
sejak ibu kerap sakit teruk,
sejak ayah kerap sakit,
ramai yang concern tentang aku sekiranya ibu ayah tiada.

Siapalah yang akan jaga aku,
sarat fikir mereka.
Mereka kasihan melihat aku.
Sudah sampai masa aku meletakkan diri aku terutama pula.
Sudah sampai masa aku dijaga.
Ketawa aku mendengarnya.

Aku bukan angkuh.
Atau jual mahal.
Aku takut.
Aku tak ada apa yang nak ditawarkan.
Aku tak cantik.
Aku tak baik.
Aku lekas emosi.
Aku tak punya harta lagi.
Aku bukanlah kategori perempuan yang digila-gilakan.
Masih banyak kurang.
Terlalu banyak kurang.
Aku takut kalau kekurangan aku ini....
Itu dia emak aku.
Emak aku yang sempurna itu pun nak hidup bahagia masih tidak-tidak lagi.
Mak cik aku yang persis model itu pun diduakan suami.
Yang baik baik pun dimadukan.
Inikan aku..aku yang terlalu biasa.

Aku takut.
Impian aku tinggi.
Aku meletakkan perkahwinan sebagai permulaan syurga.
Mungkin itu silap aku.
Aku nak tawarkan rasa derita selama ini, aku pujuk hati aku 'Kahwin nanti bahagialah.'
Sedang siapa aku nak target macam tu?

Aku ketawa bila orang bercakap tentang jodohku.
Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa takutnya aku.
Takut kalau-kalau perkahwinan itu tidak mengubah apapun.
Lebih baik aku sendiri.
Duduk dalam bulatan selamatku.
Bujang begini.
Sepi pun aku masih punya kucing.
Kawan-kawan.
Pokok cili dan jambu.
Keluarga.
Yang busuk-busuk itu pun aku sudah berasa cukup.
Rasa diperlukan.

Apapun jika jodohku dekat,
doakan perkahwinanku berhasil membahagiakan.
Hingga ke JannahNya.
Meskipun aku takut,
aku tak boleh bohong.
Aku letih mengharungi semua sendiri.
Aku rindu nak rasa disayangi.
Ketagih rasa nak sayang orang.
Getik pulak aku menaipnya.
Kau getik tak? HAHAHA.