" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

MAAF; SEKECIL KATA, SEBESAR IMPAK.

Maaf.

***

Ada yang tidak canggung memohon maaf.
Ada yang boleh tercabut hidung kalau menyebut hatta 'Maaf' sahaja.
Ada yang tidak memaknakan maaf.
Ada yang tidak langsung tidak menyedari wujudnya perkataan 'Maaf' dalam kamus.

***

Maaf.

***

Aku pernah duduk dalam 1 sempadan.
Di mana aku seorang makhluk yang sangat anti dengan perkataan 'Maaf'.
Walau aku salah.
Tak akan kubingkiskan kata maaf.

***

Maaf.

***

Aku lupa.
Apakah penjentik yang menyebabkan aku tiba-tiba berubah.
Senang mengaku silap.
Senang membimbit maaf.
Senang menghulur.
Senang memaknakan.
Aku pun lupa bila.
Tapi aku yakin itupun setelah aku berfikir,
Sedikit kata 'maaf' tidak aku membuat mukaku herot ke kiri.

***

Maaf.

***

Setelah itu aku pula menagihkan maaf.
Pabila orang berbuat silap, hati kecil menuntut maaf.
Biarpun tidak ikhlas.
Bagiku perkataan 'maaf' itu sangat signifikan.
Sangat 'comforting'.

***

Maaf.

***

Aku pernah duduk dalam satu jajahan.
Di mana orang disitu tidak reti meminta maaf.
Walhal dia telah berbuat silap.
Barangkali dia tidak sedar dia berbuat silap.
Barangkali dia segan.
Barangkali depan-depan dia sombong.
Barangkali dalam hati dia pasang niat tidak ulangi.
Tetapi berat sangatkah untuk menutur "Maaf"?

***

Maaf.

***

Kadang-kadang aku ternanti-nanti.
Lucutkanlah egomu,
Pasakkan kata maaf dibibirmu.
Atau jika sumbang bunyinya jika disebut,
Titiplah mesej pendek kepadaku,
Sekadar mengeja 4 huruf ini,
M A A F

***

Maaf.

***

Orang perempuan senang mendengar maaf,
Walaupun tahu tidak dimaknakan.
Perkataan 'maaf' itu sebenarnya lesen,
Lesen untuk hati terus beroperasi bertoleransi.

***

Maaf.

***

Aku pernah jumpa berkoyan-koyan perempuan,
Yang sering merengek memberitahu betapa susahnya Si Dia nak meminta maaf,
Lalu pada hari Si Dia bertambah pangkat menjadi Si Dia yang Pernah,
Perempuan-perempuan ini menyimpulkan,
Dia tidak pernah menerima perkataan 'maaf',
Sedangkan sering dituntut untuk menjadi pemaaf.

***

Maaf.

***

Juga aku pernah jumpa,
Mereka yang muak dengan perkataan 'maaf',
Setelah ber2.6 billion kali diucapkan,
Maaf sudah menjadi maki,
Disebut sekali oleh Si Dia,
Pasti mendidih darah hingga ke kepala,
Berbisa.

***

Maaf.

***

Aku masih belum mampu muak.
Barangkali kerana baru menerima,
2.59 billion kali.

***

"Maaf"

***

Cukup kuota.
Aku dah muak.

***

Maaf.

***

Bye.