" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

SENTIASA PERCAYA.

Pada orang?

Toksahlah. Memilih sedikit tidak mengapa.
Kena tikam dengan orang secara berdepan sambil tersenyum ia, adalah satu perkara yang mengelirukan.

Pada Dia?

Sentiasalah.

***

Apabila kau tersepit, rayulah Dia.
Apabila tersentak, ingatlah Dia.
Apabila sendu, titipkan warkah pilu pada Dia.
Nanti dah gembira, jangan pula lupa Dia.

***

Sangka baik, walaupun sukar.

***

Bersangka baik ini sebenarnya bukanlah cuba memenangkan selain diri dan anggapan.
Tetapi kalau dicongak pada manfaat secara holistiknya, yang mendapat, ialah kau.
Bersangka baik ini menenangkan diri sendiri.
Buat kau rasa marah itu bukan keperluan.
Membuat kau yakin pada yang di atas nun.
Dia tak membiarkan kau.
Tak percaya?

***

Pabila sulit, pabila dianiaya, pabila marah, cuba kau bersangka baik dan dalam masa yang sama, serahkan urusan itu 100% pada Allah.
Gapai kau hanya sececah.
Judgment kau hanya pada permukaan sahaja.
Apa yang ada disebalik dinding pun kau tak boleh teka.
Inikan pula hati manusia dan ujian Allah.


***
Hidup ini memang untuk diduga.
Ingat kampung akhirat, in shaa Allah akan sedar tujuan hidup.
Bila ingat tujuan hidup, in shaa Allah mampu redha.
Lagipun Allah kan dah bilang, ujian Dia setimpal dengan kemampuan hambaNya.
Sabarlah (walaupun kau dah naik menyampah dengar perkataan ini).
Cepat atau lambat, pasti Allah akan kirim ganjarannya.

***

Dianiaya bukanlah perkara yang mudah untuk dipejamkan.
Orang susahkan kau 5 kali, bila kau sangka baik dan mohon Allah berikan hikmah atas setiap ujian, sekejapan Allah bagi ganjaran 10 kali ganda lebih baik.
Aku tak bohong.

***

Tapi bukan mudah untuk bersangka baik dan berfikiran positif apabila kau dimangsakan.

***

Oh yang itu juga, aku tak bohong.