" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

HIDUP DALAM MATI, KATA SYAMEL.

Sejak kucing kesayangan aku meninggal, aku memang rasa lompong sikit.
Aku dengan dia macam bayang-bayang, jadi sekarang bila ke mana-mana dah tak ada tubuh kecil kuning tu menemani, sungguh aku terasa.

***

Terasa sangat.

***

Aku tak boleh lupa cara dia pandang aku.
Cara dia 'grrr'.
Cara dia minta aku gosokkan kepala.
Bila aku panggil nama dia, dia datang terus lapor diri walaupun dia kat mana sekalipun.
Bila aku tengah basuh pinggan sorang-sorang di dapur, toleh belakang mesti ada dia.
Sampai habis dia teman.
Bila aku kat belakang, kemas kandang kucing ke, dia takkan biarkan aku sorang-sorang.
Dia tak biarkan aku sorang-sorang.
Aku ulang lagi.
Dia tak biarkan aku sorang-sorang.

***

Menangis.

***

Sejak dia meninggal, aku selalu salahkan diri.
Aku rasa entah-entah aku yang bunuh dia?
Entah-entah ada silap yang datangnya dari aku?
Entah-entah aku tak cukup usaha lagi?
Aku rasa bersalah.
Bersalah sangat.

***

Lama juga aku meraung tiap kali rindu kat dia.
Mak aku pun cakap tak pernah tengok aku menangis macam tu.
Sikit-sikit menangis.
Sikit-sikit meraung.

***

Kemudian, aku rasa aku dah okay.

***

Aku rasa aku dah okay.

***

Tapi tak.
Aku cuma kebas je.

***

Bila rasa kebas tu hilang, aku menangis lagi.

***

Aku cuba tengok gambar dia tanpa rasa apa-apa.
Aku rasa aku macam dah berjaya.

***

Tapi tak.

***

Aku menangis lagi.

***

Waktu ini pun aku masih menangis.

***

Aku takut.

***

Macam mana kalau Allah ambil orang yang aku sayang?
Aku rasa aku dah tak boleh tanggung dah.

***

Aku rindu.

***

Selama ada dia, aku rasa complete.
Aku ada kucing yang setia.
Kucing yang macam mana aku suka.
Kucing yang buat aku rasa macam princess.
Kucing yang bila aku bangun tidur, dia dah mengendap dekat pintu bilik.
Kucing yang bila tak nampak muka aku, dia menjerit.
Kucing yang bila aku seru, dia menghampir.
Kucing yang buat aku rasa, hampir sempurna.

***

Kalau dia seorang manusia, aku akan mengahwini dia.
Aku selesa dengan dia.
Aku boleh cope dengan baik buruk perangai dia.
Aku boleh bertolak ansur dan susah sama-sama dengan dia.
Letih macam mana pun aku menghadap dia masa dia sakit, aku sanggup.
Malah aku terlalu sayangkan dia, lebih daripada aku sayangkan manusia.

***

Aku dah tak boleh teruskan.

***

Aku tahu aku keterlaluan.
Jadi sampai sini sahaja curhat buatmu.
Semoga Allah temukan kita di syurga.