" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

BUKAN SENANG.

Berada di sini, mengimbas kembali perkara-perkara yang terjadi, serta jenis-jenis orang yang Allah kirim, buat aku hanyut sekejap.

Kalau sekali berlari atas titi, kemudian kaki terperosok dek kayu reput yang kau tak perasan, esok samada kau tak nak lalu situ lagi, ataupun kau jadi seorang yang berhati-hati.

Meniti satu-satu tiap baris kayu.

Pijak perlahan.

Rasa dulu.

Selamat?

Baru pijak pantas.

Baru melintas.

Baru toleh belakang.

Baru sengih.

Yes, aku dah berjaya lintas!

***

Bukan senang nak reject lamaran orang.
Bukan senang nak tolak seseorang.
Gaya nampak santai, tapi dalam hati, rasa bersalah membantai.

***

Aku belum jumpa apa yang aku cari.
Sejujurnya, aku belum jumpa lelaki yang aku boleh hormat.
Jenis aku, nak sayang tu mudah je. Tapi nak hormat?
Sumpah payah.
Sebab hilang hormat, sayang aku boleh lesap tanpa kesan.
Macam tak pernah.
Barangkali terlalu banyak 'kayu reput' yang 'makan' kaki aku sepanjang aku meniti kehidupan.
Barangkali sebenarnya aku sendiri tak reti sayang diri.
Tak suka pada diri.
Tak yakin apa yang aku boleh tawarkan.
Takut-takut kalau tak cukup atau tak setimpal dengan apa yang pihak sebelah sana boleh beri.
Takut kalau jadi nombor dua.
Takut kalau dilupakan.
Takut kalau diketepikan.
Takut kalau tak diendahkan.
Takut kalau dah tak disayang.
Takut kalau silap kena marah.
Takut kalau dibenci.
Takut kalau tak ada apa dah nak dikongsi.
Takut, ah takut sangat.

***

Banyak benda yang jadi dalam hidup aku.
Yang buat aku tak yakin dengan lelaki, tak yakin dengan perkahwinan.
Jadi aku perlukan lelaki yang boleh buat aku hormat pada dia.
Bukan harta kekayaan,paras rupa,pangkat yang aku hegehkan.
Yang pasti, sekadar sayang memang tak cukup.
Dapat yang memahami, tak payah cakap pun, dari raut dia dah boleh agak isi hati.
Dapat yang menenangkan.
Yang memenangkan walaupun aku salah (tahu tak, cara deal dengan orang ego macam aku ni, ialah menangkan aku. Lepastu bila ego aku 'puas', kau nak tegur apapun aku serap. Hmm,leceh kan, banyak kerja.)
Dapat yang mendengar, yang boleh rasa ketatnya saiz kasut kau.
Yang boleh bagi penyelesaian, atau sekurangnya, mencuba.
Yang tak ketepikan aku walaupun pendapat aku tak signifikan pun.
Banyaklah kalau nak cerita.
Nanti engkorang kata aku macamlah sempurna nak sekian-sekian.

***

Aku tak sempurna, jadi aku sedang cari orang yang dapat menyempurnakan aku.


***

Aku rasa aku dah jumpa.

***

Tapi, kau ingat lagi kisah titi diatas?

***

Aku masih ingat.