" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

HIDUP DALAM MATI, KATA SYAMEL.

Sejak kucing kesayangan aku meninggal, aku memang rasa lompong sikit.
Aku dengan dia macam bayang-bayang, jadi sekarang bila ke mana-mana dah tak ada tubuh kecil kuning tu menemani, sungguh aku terasa.

***

Terasa sangat.

***

Aku tak boleh lupa cara dia pandang aku.
Cara dia 'grrr'.
Cara dia minta aku gosokkan kepala.
Bila aku panggil nama dia, dia datang terus lapor diri walaupun dia kat mana sekalipun.
Bila aku tengah basuh pinggan sorang-sorang di dapur, toleh belakang mesti ada dia.
Sampai habis dia teman.
Bila aku kat belakang, kemas kandang kucing ke, dia takkan biarkan aku sorang-sorang.
Dia tak biarkan aku sorang-sorang.
Aku ulang lagi.
Dia tak biarkan aku sorang-sorang.

***

Menangis.

***

Sejak dia meninggal, aku selalu salahkan diri.
Aku rasa entah-entah aku yang bunuh dia?
Entah-entah ada silap yang datangnya dari aku?
Entah-entah aku tak cukup usaha lagi?
Aku rasa bersalah.
Bersalah sangat.

***

Lama juga aku meraung tiap kali rindu kat dia.
Mak aku pun cakap tak pernah tengok aku menangis macam tu.
Sikit-sikit menangis.
Sikit-sikit meraung.

***

Kemudian, aku rasa aku dah okay.

***

Aku rasa aku dah okay.

***

Tapi tak.
Aku cuma kebas je.

***

Bila rasa kebas tu hilang, aku menangis lagi.

***

Aku cuba tengok gambar dia tanpa rasa apa-apa.
Aku rasa aku macam dah berjaya.

***

Tapi tak.

***

Aku menangis lagi.

***

Waktu ini pun aku masih menangis.

***

Aku takut.

***

Macam mana kalau Allah ambil orang yang aku sayang?
Aku rasa aku dah tak boleh tanggung dah.

***

Aku rindu.

***

Selama ada dia, aku rasa complete.
Aku ada kucing yang setia.
Kucing yang macam mana aku suka.
Kucing yang buat aku rasa macam princess.
Kucing yang bila aku bangun tidur, dia dah mengendap dekat pintu bilik.
Kucing yang bila tak nampak muka aku, dia menjerit.
Kucing yang bila aku seru, dia menghampir.
Kucing yang buat aku rasa, hampir sempurna.

***

Kalau dia seorang manusia, aku akan mengahwini dia.
Aku selesa dengan dia.
Aku boleh cope dengan baik buruk perangai dia.
Aku boleh bertolak ansur dan susah sama-sama dengan dia.
Letih macam mana pun aku menghadap dia masa dia sakit, aku sanggup.
Malah aku terlalu sayangkan dia, lebih daripada aku sayangkan manusia.

***

Aku dah tak boleh teruskan.

***

Aku tahu aku keterlaluan.
Jadi sampai sini sahaja curhat buatmu.
Semoga Allah temukan kita di syurga.

MULUT RABAK.

Sebetulnya aku mengantuk gile ni.
Oleh sebab kalau aku tidur dalam keadaan super letih, confirm aku akan terbongkang tak sedar diri, maka ada 1 pilihan.

JANGAN TIDUR.

***

Esok masih boleh tidur.

***

Atau tulat.

***

Masih sempat tidur, jika diizinkan Allah.

***

Sekejap.

***

Ataupun selama-lamanya.




APALAH YANG CUBA AKU SAMPAIKAN INI?

Jika semasa kecil, sentiasa dimomok 'bodoh', sukar untuk menjadi dewasa tanpa merasa diri bodoh.
Jika semasa kecil terbiasa senang, amat susah untuk terima hidup 'asal ada cukuplah'.
Jika semasa kecil..ah cukuplah. Kau dah 'dapat' kan?

***

Dalam memasang cita-cita pun ada yang berani memandang serong, seolah tidak cukup dengan lambakan kata-kata yang tidak membantu, mereka juga menabur takut.
Aku suka memandang mereka sambil mengangguk-angguk, senyum sekali sekala, pamerkan juga kerisauan aku sekadar untuk membuat mereka puas.
Supaya mereka berasa cukup.
Supaya mereka berhenti hingga takat itu.

***
Sebenarnya tanpa mereka usahakan, aku sudah cukup penuh dengan rasa was-was, rasa seperti tidak mahu mencuba.
Rasa seperti mahu berhenti daripada melakukan.

***

Tapi dalam hidup ini, walau ramai bagaimanapun orang disekeliling, engkau tetaplah bersendirian.
Maka aculah hidup dan paculah impian ke destinasi yang kau harapkan.

***

Mereka akan datang pabila kau sudah senang.

***

Ketap gigi.

***

Kalau kau terbiasa makan nasi, tiba-tiba tak ada, mau menggigil badan kan?
Kalau kau terbiasa dikeji, tiba-tiba kau meletup, luar biasakah itu?

***

Manusia, aku pun manusia.
Engkau siapa?
Ungka?

***

Dunia ini aneh.
Yang mangsa, dimangsakan.
Yang pemangsa, dibuat juga seperti mangsa.
Oh ya, setiap yang berlaku adalah rentetan daripada sesuatu perkara.
Sebagai contoh, kau mencuri sebab bapak kau penagih dadah. Kau mencuri sebab kau sungguh tiada punya jalan terhormat untuk menyua mulutmu sendiri.
Bapak kau menagih kerana tekanan.
Dan seperti lagu "Bangau oh Bangau" - kita saling menyalahkan 'punca'.
Sedang kita sebenarnya, 'boleh' memilih.
Iya kah?

***

Hidup ini pilihan.
Kau boleh pilih jalan hitam, atau jalan lurus terang benderang.
Kau boleh jadi jahat, atau jadi manusia yang baik.
Kau boleh pilih untuk terus hidup, atau mati.
Tapi hidup atas pilihan kau bukan semudah semasa pilihan itu dibentangkan.

***

Ada perkara yang sebenarnya bukan pilihan.
(Ops, apa yang aku cuba nak katakan ini?)

***

Kita tersekat pada satu senggat.
Kita hidup dalam asakan.
Dalam keterdesakan.
Manusia jenis apa yang akan memilih perapan kehidupan sedemikian rupa?

***

Dan aku memilih untuk berhenti menaip disini.
Atau di sini.
Atau di sini.

***

Di sinilah.




SENTIASA PERCAYA.

Pada orang?

Toksahlah. Memilih sedikit tidak mengapa.
Kena tikam dengan orang secara berdepan sambil tersenyum ia, adalah satu perkara yang mengelirukan.

Pada Dia?

Sentiasalah.

***

Apabila kau tersepit, rayulah Dia.
Apabila tersentak, ingatlah Dia.
Apabila sendu, titipkan warkah pilu pada Dia.
Nanti dah gembira, jangan pula lupa Dia.

***

Sangka baik, walaupun sukar.

***

Bersangka baik ini sebenarnya bukanlah cuba memenangkan selain diri dan anggapan.
Tetapi kalau dicongak pada manfaat secara holistiknya, yang mendapat, ialah kau.
Bersangka baik ini menenangkan diri sendiri.
Buat kau rasa marah itu bukan keperluan.
Membuat kau yakin pada yang di atas nun.
Dia tak membiarkan kau.
Tak percaya?

***

Pabila sulit, pabila dianiaya, pabila marah, cuba kau bersangka baik dan dalam masa yang sama, serahkan urusan itu 100% pada Allah.
Gapai kau hanya sececah.
Judgment kau hanya pada permukaan sahaja.
Apa yang ada disebalik dinding pun kau tak boleh teka.
Inikan pula hati manusia dan ujian Allah.


***
Hidup ini memang untuk diduga.
Ingat kampung akhirat, in shaa Allah akan sedar tujuan hidup.
Bila ingat tujuan hidup, in shaa Allah mampu redha.
Lagipun Allah kan dah bilang, ujian Dia setimpal dengan kemampuan hambaNya.
Sabarlah (walaupun kau dah naik menyampah dengar perkataan ini).
Cepat atau lambat, pasti Allah akan kirim ganjarannya.

***

Dianiaya bukanlah perkara yang mudah untuk dipejamkan.
Orang susahkan kau 5 kali, bila kau sangka baik dan mohon Allah berikan hikmah atas setiap ujian, sekejapan Allah bagi ganjaran 10 kali ganda lebih baik.
Aku tak bohong.

***

Tapi bukan mudah untuk bersangka baik dan berfikiran positif apabila kau dimangsakan.

***

Oh yang itu juga, aku tak bohong.

BUKAN SENANG.

Berada di sini, mengimbas kembali perkara-perkara yang terjadi, serta jenis-jenis orang yang Allah kirim, buat aku hanyut sekejap.

Kalau sekali berlari atas titi, kemudian kaki terperosok dek kayu reput yang kau tak perasan, esok samada kau tak nak lalu situ lagi, ataupun kau jadi seorang yang berhati-hati.

Meniti satu-satu tiap baris kayu.

Pijak perlahan.

Rasa dulu.

Selamat?

Baru pijak pantas.

Baru melintas.

Baru toleh belakang.

Baru sengih.

Yes, aku dah berjaya lintas!

***

Bukan senang nak reject lamaran orang.
Bukan senang nak tolak seseorang.
Gaya nampak santai, tapi dalam hati, rasa bersalah membantai.

***

Aku belum jumpa apa yang aku cari.
Sejujurnya, aku belum jumpa lelaki yang aku boleh hormat.
Jenis aku, nak sayang tu mudah je. Tapi nak hormat?
Sumpah payah.
Sebab hilang hormat, sayang aku boleh lesap tanpa kesan.
Macam tak pernah.
Barangkali terlalu banyak 'kayu reput' yang 'makan' kaki aku sepanjang aku meniti kehidupan.
Barangkali sebenarnya aku sendiri tak reti sayang diri.
Tak suka pada diri.
Tak yakin apa yang aku boleh tawarkan.
Takut-takut kalau tak cukup atau tak setimpal dengan apa yang pihak sebelah sana boleh beri.
Takut kalau jadi nombor dua.
Takut kalau dilupakan.
Takut kalau diketepikan.
Takut kalau tak diendahkan.
Takut kalau dah tak disayang.
Takut kalau silap kena marah.
Takut kalau dibenci.
Takut kalau tak ada apa dah nak dikongsi.
Takut, ah takut sangat.

***

Banyak benda yang jadi dalam hidup aku.
Yang buat aku tak yakin dengan lelaki, tak yakin dengan perkahwinan.
Jadi aku perlukan lelaki yang boleh buat aku hormat pada dia.
Bukan harta kekayaan,paras rupa,pangkat yang aku hegehkan.
Yang pasti, sekadar sayang memang tak cukup.
Dapat yang memahami, tak payah cakap pun, dari raut dia dah boleh agak isi hati.
Dapat yang menenangkan.
Yang memenangkan walaupun aku salah (tahu tak, cara deal dengan orang ego macam aku ni, ialah menangkan aku. Lepastu bila ego aku 'puas', kau nak tegur apapun aku serap. Hmm,leceh kan, banyak kerja.)
Dapat yang mendengar, yang boleh rasa ketatnya saiz kasut kau.
Yang boleh bagi penyelesaian, atau sekurangnya, mencuba.
Yang tak ketepikan aku walaupun pendapat aku tak signifikan pun.
Banyaklah kalau nak cerita.
Nanti engkorang kata aku macamlah sempurna nak sekian-sekian.

***

Aku tak sempurna, jadi aku sedang cari orang yang dapat menyempurnakan aku.


***

Aku rasa aku dah jumpa.

***

Tapi, kau ingat lagi kisah titi diatas?

***

Aku masih ingat.

Oh mak kau!

Wey,pernah tak kau rasa kalut sebab benda yang kau type/cakap tu tepat kena kat orang tertentu?
Hakikatnya kau takdelah plan nak tuju kat sesiapa secara spesifik pun, tapi..

Entahlah. Aku pun tak tahu, salah ke kalau aku cakap benda yang aku rasa aku perlu cakap? Ke aku kena cakap benda yang orang nak dengar?

Entahlah (entahlah ni bukan bermakna tak tahu jawapan, tapi sebenarnya dah ada jawapan, tapi jawapan tu tak meyakinkan hati, sebab buat diri rasa teruk sebab buat orang rasa teruk aiyaya kau faham-fahamlah).

Aku harap aku tak guris hati orang.
Nak jadi baik, tapi tak reti duduk diam, adoi mak tolonglah daku!

Azam tak berapa baru.

Bila kena bahan gemuk, comot, aku dah macam immune. Mampu kalis level Pro dah. Orang yang nak membahankan aku pula jadi stress pasal aku lengai. Alih-alih, dorang pula yang terkena.
Memang mulut cakap tak kisah, tapi bila masuk bilik terus ke meja mekap, rasa "Eh,ni aku ke?" - sambil pandang cermin.

Hideous gile wey.
Mak cik(s) lagi nampak berketrampilan daripada aku weyyyyyy.
"Ko pehal wey?" - soal aku pada diri sendiri seraya memandang sinis pada perempuan dalam cermin tu.

Bila orang masuk bilik tengok barang-barang mekap, brushes semua, dengan almari ada 2 ketul, pastu ada gambar kurus zaman universiti, orang akan pandang aku (sambil judge "Ni ke budaknya?" - ala aku tahulah, hati kitakan boleh bluetooth) lalu tanya soalan -

Ni berus mekap?
(Aku nak jawab iye pun malu.)
Walaweyh macam artis, banyak gile barang mekap?
(Bapak malu ah aku time ni)
Banyaknya baju? 
Ni awak ke? (sambil tunjuk gambar lama).
Cantik. (dan tak cakap pun "Sekarang pun cantik." Tergamak uolss.)

Sekarang nak keluar pun aku rasa malas. Nak bermekap pun rasa alahai fake nya. Bak kata mak cik aku, "Time keluar cantik gile, balik je rumah sarung uniform".

Uniform =  Maknanya rupa bibik. Apalah daya, sah-sah berlengas nak buat kerja rumah, takkan nak pakai foundation sekati dengan bulu mata merak kayangan kot? Over sangat tau.

Aku target nak kurus dan jaga diri balik. Aku nak pulangkan kejelesan mak cik-mak cik aku bila aku 'elok' wakakakah! 

Aku rasa dah sampai masa dah. Atuk aku dah meninggal. Sekarang macam back to square. Tinggal jaga mak bapak, adik beradik dan kucing. Esok lusa aku harap aku akan di'jaga' oleh suami dengan baik. Aku pun teringin weyyy nak dijaga.

Sebelum tu, baik aku jaga dulu. Bila nak start rutin ni?

Tahun depanlah --> bukti level lengai, takde rasa terdesak pun. Post ni acah-acah merintih, hakikatnya aku sendiri yang pilih jadi badak. Hahaha!

Kau dah kenapa?

Macam mana ada orang boleh jadi sangat caring dan concern pada orang lain eh?
Terutamanya bila orang yang dia peduli tu, tak balas pun ke-caring-an dan ke-concern-an dia.
Macam mana dia boleh tak give up?
Bertahun-tahun kot. Sedangkan aku yang dapat soalan yang sama ni dah naik boring nak jawab.

"Mak sihat?"
Aku jarang betul jawab "Sihat".

Sebolehnya aku malas dah nak jawab. Aku dah tak excited dah dengan soalan tu.
In fact, aku dah tak excited nak jawab apa-apa soalan.

Antisosial sangat puiiiih.

Entahlah, bila kau ada banyak benda nak fikir, menjawab soalan tu boleh buat kau rasa letih.
Letih macam buat plank 2.4 billion kali.

Kadang-kadang bila aku stress/sedih, aku tak suka orang soalsiasat aku. Aku betul-betul tak berkenan.
Aku faham orang concern dengan keadaan aku, nak tahu, nak tolong, tapi..

Entahlah. Aku kan. Kau pun dah tahu dah perangai aku.
Aku kejar benda yang berlari.
Aku biarkan apa yang aku ada.
Ironi sangat.

Aku cuba nak jadi macam kawan-kawan aku. Energetic je bila bersosial.
Mungkin dah memang baka 'duduk dalam kotak' aku tu mengalir deras dalam darah.
Aku boleh bersosial, tapi sangat selected.
Bukan pilih orang, tapi masa dan tempat.

Jangan hairanlah kalau kat friendlist FB aku, aku boleh huha huha dengan kawan universiti yang langsung aku tak pernah tegur, apatahlagi nak senyum.

Hmmm.